31 Comments

Bantah Datum Jelatek

487984_129996027173200_911996547_n (1)

“JANGAN USIK TEMPAT KAMI!!”

KESAN PROJEK DATUM JELATEK KEPADA PENDUDUK DAN BANGSA MELAYU

  1. 1. DUA DARI EMPAT BLOK (A & C) BANGUNAN PANGSAPURI INI TELAH DIBELI OLEH PELABUR ASING SECARA PUKAL (EN-BLOCK). PENJUALAN TERSEBUT DIBUAT DI NEGARA JIRAN – BUKAN DI MALAYSIA. INI BERMAKNA 50% AKAN DIDUDUKI OLEH WARGA ASING.

MENGAPAKAH WARGA ASING DIBENARKAN MEMILIKI KEDIAMAN DI KAWASAN 100% MELAYU?

  1. 2. BAKI DUA BLOK LAGI DI BUKA KEPADA PENDUDUK DI MALAYSIA, 50% DIPERUNTUKAN KEPADA BUMIPUTRA DAN 50% LAGI KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.

BUKANKAH KAWASAN TAMAN KERAMAT INI KAWASAN EKSKLUSIF UNTUK BANGSA MELAYU?

  1. 3. SATU UNIT BERHARGA DARI RM700,000 KEPADA RM11.5 JUTA. JELAS SEKALI TIDAK RAMAI MELAYU YANG MAMPU MEMILIKINYA.

ADAKAH INI STRATEGI UNTUK MENSISIHKAN BANGSA MELAYU DARI KAWASAN MELAYU?

  1. 4. KUOTA LOT BUMIPUTRA YANG DITETAPKAN ADALAH YANG TERMURAH, PALING KECIL DAN LOKASI PALING TIDAK STRATEGIK.

APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN UNTUK MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU?

  1. KELUASAN PEMBINAAN PANGSAPURI INI MELEBIHI KAWASAN YANG ADA SEKARANG DAN BERKEMUNGKINAN BEBERAPA UNIT RUMAH BERDEKATAN TERPAKSA DIROBOHKAN. JALAN ENGGANG TERPAKSA DILEBARKAN KEPADA EMPAT LORONG SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KELULUSAN PROJEK DATUM JELATEK.

BUKANKAH LEBIH RAMAI ORANG MELAYU TERPAKSA DISISHKAN? ADAKAH PAMPASANNYA SETIMPAL?

APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA?

SANGGUPKAH KITA HANYA MELIHAT KAWASAN & MARUAH KITA DICABULI SEBEGITU RUPA???

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI BANGSA KU……..

 

Dari:

BARISAN BERTINDAK DATUM JELATEK

http://bantahdatumjelatek.wordpress.com

bantahdatumjelatek@gmail.com

 

INI TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK, TETAPI UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK ORANG MELAYU DI TAMAN KERAMAT

Leave a comment

Rumah Mampu Milik Serupa Datum Jelatek

Rumah Mampu Milik Serupa Datum Jelatek

SHAH ALAM : Walaupun dipanggil rumah mampu milik, namun harga yang ditawarkan jika dibina di kawasan bandar akan meningkat hampir menyamai projek pembangunan Datum Jelatek, demikian menurut Exco Perumahan, Pengursan Hartanah dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Menjawab pertanyaan R. Rajiv (DAP – Bukit Gasing) mengenai isu rumah mampu milik, Iskandar yang juga Adun Cempaka menjelaskan pihak kerajaan ada membuat kajian berkenaan perkara ini.

“Ada kajian untuk dibina rumah mampu milik di kawasan-kawasan bandar. Tetapi harganya bukanlah antara RM 80,000 hinga RM 150,000.
Jika kita lihat manifesto PRU13 Pakatan Rakyat yang mana akan diwujudkan satu badan yang baru untuk membina rumah mampu milik dan mereka akan lihat pembangunan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, jika dilihat lebih jauh, projek rumah mampu milik yang dirancang untuk dibangunkan di kawasan bandar mungkin mirip kepada projek pembangunan Datum Jelatek yang menimbulkan kontroversi mengenai harga memandangkan ia mengambil kira lokasi projek dan nilai komersial hartanah selain mengubah demografi dan geopolitik sesebuah kawasan.
Katanya, pelbagai pihak menuntut kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan projek berkenaan, malah semasa sidang DUN dijalankan pagi tadi, hampir 20 orang berkumpul di luar bangunan SUK bagi menghantar memorandum kepada Khalid.

Kerajaan negeri juga sehingga kini tidak dapat memberi jaminan bahawa projek itu mampu dimiliki oleh masyarakat tempatan.

Menjawab soalan seterusnya daripada Haniza Mohd Talha (PKR – Taman Medan), Iskandar menjelaskan kerajaan mengawal penjualan rumah mampu milik agar ia tidak hanya menguntungkan sesetengah pihak.

“Jualan rumah mampu milik kita kawal sebab kita tak mahu berlaku ada pihak yang membelinya semata-mata untuk mendapat keuntungan. Urusannya melalui Lembagaerumahan dan Hartanah Selangor dimana senarainya ada di sana dan ada borang permohonan berharga RM5 disediakan.
“Kita akan menurunkan borang-borang itu seperti mana borang untuk mendapatkan rumah kos rendah di pejabat daerah dan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan (borang rumah mampu milik) akan diturunkan selepas ini ke PBT dan pejabat daerah,” katanya.

Sumber:antarapos.com

Leave a comment

MB KHALID ANGKAT SUMPAH

ImageImage

Leave a comment

ZAHID – JANGAN TAKUT !!!

Image

Leave a comment

WESTERN DIGITAL PINDAH OPERASI

ImageImage

Leave a comment

AIR ASIA X

ImageImageImage

Leave a comment

KABINET MALAYSIA 2013

ImageImageImageImage

Leave a comment

2nd U-TURN

ImageImageImage

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.