34 Comments

Bantah Datum Jelatek

487984_129996027173200_911996547_n (1)

“JANGAN USIK TEMPAT KAMI!!”

KESAN PROJEK DATUM JELATEK KEPADA PENDUDUK DAN BANGSA MELAYU

  1. 1. DUA DARI EMPAT BLOK (A & C) BANGUNAN PANGSAPURI INI TELAH DIBELI OLEH PELABUR ASING SECARA PUKAL (EN-BLOCK). PENJUALAN TERSEBUT DIBUAT DI NEGARA JIRAN – BUKAN DI MALAYSIA. INI BERMAKNA 50% AKAN DIDUDUKI OLEH WARGA ASING.

MENGAPAKAH WARGA ASING DIBENARKAN MEMILIKI KEDIAMAN DI KAWASAN 100% MELAYU?

  1. 2. BAKI DUA BLOK LAGI DI BUKA KEPADA PENDUDUK DI MALAYSIA, 50% DIPERUNTUKAN KEPADA BUMIPUTRA DAN 50% LAGI KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.

BUKANKAH KAWASAN TAMAN KERAMAT INI KAWASAN EKSKLUSIF UNTUK BANGSA MELAYU?

  1. 3. SATU UNIT BERHARGA DARI RM700,000 KEPADA RM11.5 JUTA. JELAS SEKALI TIDAK RAMAI MELAYU YANG MAMPU MEMILIKINYA.

ADAKAH INI STRATEGI UNTUK MENSISIHKAN BANGSA MELAYU DARI KAWASAN MELAYU?

  1. 4. KUOTA LOT BUMIPUTRA YANG DITETAPKAN ADALAH YANG TERMURAH, PALING KECIL DAN LOKASI PALING TIDAK STRATEGIK.

APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN UNTUK MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU?

  1. KELUASAN PEMBINAAN PANGSAPURI INI MELEBIHI KAWASAN YANG ADA SEKARANG DAN BERKEMUNGKINAN BEBERAPA UNIT RUMAH BERDEKATAN TERPAKSA DIROBOHKAN. JALAN ENGGANG TERPAKSA DILEBARKAN KEPADA EMPAT LORONG SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KELULUSAN PROJEK DATUM JELATEK.

BUKANKAH LEBIH RAMAI ORANG MELAYU TERPAKSA DISISHKAN? ADAKAH PAMPASANNYA SETIMPAL?

APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA?

SANGGUPKAH KITA HANYA MELIHAT KAWASAN & MARUAH KITA DICABULI SEBEGITU RUPA???

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI BANGSA KU……..

 

Dari:

BARISAN BERTINDAK DATUM JELATEK

https://bantahdatumjelatek.wordpress.com

bantahdatumjelatek@gmail.com

 

INI TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK, TETAPI UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK ORANG MELAYU DI TAMAN KERAMAT

Advertisements

34 comments on “Bantah Datum Jelatek

  1. hidup malaya

  2. Saya amat berminat untuk membeli sebuah kedai atau Lot di projek ini untuk menempatkan pejabat saya yang sekarang di sewa dari orang lain.Rumah saya adalah berdekatan dengan projek ini.Maklumat yang di paparkan didalam pamplet yang di edarkan di kawasan Taman Keramat ini amat mengecewakan saya kalau benar apa yang dinyatakan.Dari manakah sumber maklumat yang di tuliskan atau ianya satu tomahan.Siapa tuan punya tanah sebenarnya dan siapa kah pemilik bagi projek ini dan kawasan ini di bawah bidang kuasa siapa? Kerajaan dan Majlis Daerah mana yang bertanggung jawab takut nanti kita menyalak kepada bukit yang salah.Pokoknya adakah tanah projek ini milik Kerajaan Negeri Selangor atau Federal Government.Dari segi “Locus Standi” adakah badan bertindak ini di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai badan berdaftar yang boleh mengangkat perkara ini ke Mahkamah.? Diharap dapat jawapan kepada soalan saya ini.- Lt Kol Hj Jalil Bin IthninTudm (Bersara)

    • Salam

      semua maklumat yang dipaparkan ini didapati dari brochure pemaju datum jelatek dan maklumat ini bukan direkayasa.

    • salam kolonel

      maklumat ini semua bukan direkayasa..tetapi didapati dari pemaju dan juga pkns..harap dapat turun majlis penerangan pada 16/2 ini…badan bertindak ada badan interim hasil usaha penduduk sekitar…bagi sebarang prosiding mahkamah…penduduk secara individu akan membuat laporan…tq

      tanah ini milik pkns

    • Salam Kol,
      Kami pun kecewa sebab kami pun berminat untuk membeli rumah di sini. Projek ni sangat mengelirukan kerana ada 6 pihak yang involve. Tanah memang milik PKNS. Tuan boleh google New Staraits Times Singapura Datum Jelatek.Terlalu banyak pertanyaan yang PKNS perlu jawab. Semakin dalam kita drill in, semakin banyak persoaalan yang timbul. Kita akan compile kesemuanya dalam memorandum untuk dihantar ke PKNS.

  3. DASAR KERAJAAN PERLU DI KAJI…PEMIMPIN MELAYU TERDAHULU KITA TERSILAP DENGAN DASAR SEJAK MERDEKA LAGI…DAN BANGSA MELAYU TIDAK SEDARI BAHAWA SEMANGAT MELAYU MEREKA MENIKAM GENERASI BANGSA ANAK CUCU MEREKA SAPERTI HARI INI.. SETIAP WARGA NEGARA INI PERLU MENGUASAI BERBAGAI BAHASA….KHUSUSNYA ORANG MELAYU YANG SELAMA INI HANYA DIHADKAN MENGUASAI HANYA BAHASA IBUNDANYA SAHAJA….INI PUNCA SEGALA2NYA….CARI DAN ANALISA “PUNCA” …..GUBAL DASAR AGAR BANGSA MALAYSIA TERUTAMA SEKALI BANGSA MELAYU MENGUASAI BERBAGAI BAHASA….SELAMAT NEGARA DAN SELAMAT BANGSA MELAYU….

  4. sekiranya singapura menolak bahasa inggeris saperti kita..dan mengamalkan bahasa mandarin sama saperti bahasa melayu sepertimana di amalkan di negara kita selama ini …majukah singapura saperti sekarang??…..pada saya bahasa melayu telah pun dimertabadkan sebagai bahasa resmi sud
    ah mencukupi ..kita seharusnya mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pelajaran dan sistem pendidikan mungikut sistem pendidikan sekolah cina….

  5. Apa2 DASAR ,akan dinikmati hasilnya dapat dilihat sekurang2 nya 30 tahun akan datang….lihat akan sejarah….pemimpin2 perniagaan melayu sekarang adalah hasil dari pendidikan sekolah inggeris dahulu….Untok Pendapat serta penjelasan selanjutnya..sila hubungi saya…

  6. Bantahan kemungkinan tak kemana2….mungkin jika tidak keterlaluan saya ibaratkan bantahan2 cuma saperti pepatah “Anjing Menyalak Bikit” sahaja……ribuan ampun dan maaf…

  7. Haraf matalamat bantahan tidak mempunyai Agenda tersendiri atau untok kepentingan kelompok terlibat bagi mendapat sokongan menambahkan pampasan ?….Tanah di Negeri Kelantan dengan senang2 diserah kepada kaum cina,tiada pun bantahan??…..

    • bantahan lebih tertumpu supaya projek pembangunan ini diberikan keutamaan kepada pembeli melayu dan bukan warga asing.

      • Betul apa yang saudara ir haji zamani bin mohd adam cakap..tapi saya ada soalan untuk saudara…kemanakah hala tuju anak2 keramat selapas projek nie siap…?? Dan bagaimana pula laungan azan akan berkumandang seperti sekarang..?? Projek itu di kelilingi masjid2 & surau2.. dan kenapa tidak membangunkan rumah kos rendah untuk golongan belia seperti mana yang di sarankan PM kita…??

    • Maaf..kami terdiri dari penduduk yg tiada kena mengena dgn pampasan..ini lebih kpd mempertahankan kwsn keramat sbg kwsn org melayu yg paling hampir dgn ibu negara.

      • Saya bersetuju. Hak kita perlu d pertahankan. Kawasan ini kawasan kita. Kita x perlu org luar utk membangunkan kawasan kita. Saya sokong Bantahdatumjelatek.

    • Kita tak mahu pampasan pun, sekadar mempertahankan misi & visi asal PKNS. Salah orang Kelantan jugak kerana tak membantah.

  8. Bagi yang tidak pernah melihat berapa harmoninya zon keramat didiami orang orang melayu sejak dari tahun 50 an lagi, bangkit dan pertahankan tanah melayu yang dibangunkan atuk nenek kita.

    jika ini berlaku, hilanglah sebuah tanah melayu yang keramat. Allah hu Akbar.

    Tolak politik dan bangkit pertahankan tanah melayu.

    Saya bantah pembangunan ini jika ianya bukan utk anak anak melayu.

    • Saya mula mula sampai di KL selepas 13 Mei 1969 dan mula menetap di keramat sejak tahun 1981 hingga sekarang.Di awal 70an kawasan keramat ini berakhir di Pasar Keramat sahaja di mana bas Sri Jaya masa itu akan pusing balik di depan pasar Keramat untuk pergi balik ke KL.Sekarang sudah ada AU1,2,3,4,5 keramat Permai dan sebagainya yang mana dahulunya dalah kawasan setinggan.Saya ingat lagi masa tu kawan kawan ajak saya buat rumah haram di hujung minggu di kawasan AU1,2,3,4,5…..masa tu tak terfikir dan tak minat.Akhirnya saya beli dari PKNS rumah teres dua tingkat di AU2 berharga RM49,865 sahaja yang sekarang sudah berharga RM 700,000.Saya terfikir bagaimana kah caranya PKNS hendak menjual rumah di Datum Jelatek dengan harga murah macam harga rumah PPR kalau di sekeliling kawasan Datum Jelatek rumah sudah berharga ratusan ribu ringgit.Dengan adanya bantahan maka saya perhatikan projek ini sudah tergendala.Siapa yang rugi sekarang? Adakah orang orang Melayu yang membantah projek ini mendapat keuntungan? Kita bersemangat hendak mempetahankan sebuah kawasan perumahan orang Melayu tetapi kita tidak sedar bahawa kawasan Melayu ini sekarang sudah di resapi orang Indonesia PEndatang yang sudah mampu membeli rumah di kawasan rumah saya dengan harga RM600-700,000 secara tunai oleh kerana pemilik asal generasi saya sudah hampir pupus kerana di panggil ilahi.Anak anak tidak mau diam di Keramat lagi dan pindah di tempat lain maka rumah di kawasan Keramat di jual satu persatu dengan harga tinggi kepada pendatang.Maka bergembiralah mereka yang membantah projek Datum yang MB Selangor untukkan 50% kepada orang Melayu yang akan di jual dengan harga mampu beli.Fikirkan lah….

  9. kami bantah kerana ini akan menjadi penempatan cina singapura. Namapaknya hj Zamani tidak suka bantahan ini.

  10. PR BODOH . NI KERJA PR BODOH .

  11. hello, jelatek berada di kawasan mana????? tau apa maksud AU????? cai2 PR tau nak merusuh je, otak langsung x reti nak guna….. hambik ko…..

    • Jelatek berada dalam Negeri Selangor…….Negeri yg kata manifesto pilihanraya bukan perjanjian.

      • Jangan jadikan Melayu Malaysia macam Melayu Singapura, habis tanah tergadai, nak azan pun tak boleh dan macam2 lagi berlaku pada Melayu Singapura. Sedih sungguh dgn kes Kg Baru, Jelatek dan yg lain2. Bersatulah orang Melayu!

  12. lain kali pilih lah lagi anwar berahi n the geng… kalau ‘Allah’ pun tanpa segan silu dijualnya, agak2 bila korang nak kena jual?

  13. Saya lahir di kg baru. Tinggal di keramat sehingga keumur lebih setengah abad. Saya sgt mempertahan tanah org Melayu. Jangan sekali-kali kg tergadai. Maruah Melayu di injak-injak dan dipijak-pijak sekarang ni. Hanya org Melayu sahaj yg layak duduk di sini. Melampau sgt ni!

  14. Alhamdulillah… Himpunan Aman BANTAH Detum Jelatek 1.0 berjalan Dengan lancar… 1000 penduduk Taman Keramat Jelatek Turun di Himpunan Aman pagi tadi… Saya mengucapkan Tahniah Kepada Pengerusi dan AJK Jawatankuasa bertindak yg menjayakan program. Teruskan perjuangan sehingga matlamat2 kita tercapai… Salam

  15. Kesal juga apabila wakil rakyat yg kita pilih tidak bersama kita hari itu. Apakah dia tidak merestui bantahan ini. Atau dia mahu orang Spore tinggal disini? Dia lupa peranannya. Maka rakyat terpaksa berjuang sendirian mempertahankan kawasan mereka dari diambil orang asing. Inilah akibatnya apabila politik bermaharajalela didalam jiwa. Syabas orang Keramat, kamu pejuang demi anak, cucu dan cicit. Terus berjuang. Kamu hanya akan tewas jika Allah mahu kamu tewas, tetapi percayalah ada hikmah menunggu dihadapan. Bak kata Tuan Pengurusi “kita akan kalahkan dia”.

  16. Jelatek berada dalam Negeri Selangor…….Negeri yg kata manifesto pilihanraya bukan perjanjian.

  17. undilah PKR lg… Undilah PKR lg…. Undilah PKR!!!!! Laaaagiiii

  18. sekarang kawasan AU telah di resapi Indon secara perlahan lahan ,mereka membeli rumah secara senyap senyap menggunakan anak anak mereka yang MyKad biru.Sekarang rumah di kawasan AU sudah naik mendadak, rumah teres 1 tkt 400k dan yang double story 700k…..dengan itu berapa kah harga rumah kat Datum Jelatik nak jual kat Melayu 100k – 2ook…….cuba fikirkan.Indon nih semua bukan pendatang asing ke? atau otomatik jadi bumiputra selepas menyusup masuk secara haram ke negara ini? cuba fikir

  19. Fakta dalam blog ini adalah andaian palsu dan saya kesal sebab anda dan segelintir masyarakat melayu cuba memanupulasikan pemikiran penduduk di keramat. Stop this bullshit. Ingat Allah, orang melayu mundur atas pilihannya sendiri yang selesa dalam susah, dan fakta mengenai orang melayu tak mampu beli kondo 700,000 adalah tidak berasas sama sekali, mungkin penulis itu sendiri dan keluarganya yang tak mampu, so jangan rumuskan orang-orang melayu ini semua jengkel sangat. Saya tak ada share dengan Datum atau PKNS tapi saya amatlah berterima kasih kepada PKNS kerana mereka membantu orang melayu dikala bank-bank tidak membiyayai projek perumahan. PKNS sendiri bina rumah dan kita bayar kepada mereka directly, itu cerita 45 tahun dahulu. Saya budak keramat 100% dari lorong dua hingga enggang utara. Please stop these lies.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: