Leave a comment

Datum Jelatek: MB Selangor pertahan projek mewah

Contoh terbaik…org melayu yang sanggup gadai bangsa sendiri utk kejar keuntungan…..Bila ada isu, MB bandingkan dengan  wilayah Iskandar..

Wahai MB, baca ni elok2:

1. KAMI TAK TOLAK PEMBANGUNAN UNTUK KERAMAT..TETAPI PEMBANGUNAN UTK WARGA ASING KAMI TOLAK SAMA SEKALI DI KAWASAN KERAMAT.

2. KALAU DAHAGA SANGAT ATAU LAPAR SANGAT DUIT PELABUR ASING, BUAT LA KAWASAN BARU DI SELANGOR DAN BUKAN DI TAMAN KERAMAT..SAMA SEPERTI JOHOR..BUAT ISKANDAR JOHOR…BUKAN DORANG BUAT KAT KAMPUNG MELAYU MAJIDIEE LAAA!!

3. KAMI AKAN TENTANG PROJEK DATUM INI HABIS HABISAN….

4. DAH DUA BLOK KO GADAI DENGAN WARGA ASING…KO NK TOLAK MELAYU LAGI…PUIIII

“SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan pihaknya menjual kondominium mewah projek Datum Jelatik pada harga lebih RM700,000 sebagai keperluan untuk menarik pelabur asing.

Beliau turut membandingkan projek RM1.2 bilion itu di atas tapak rumah pangsa yang penghuninya 100 peratus Melayu kepada projek pembangunan Iskandar di Johor.

Datum Jelatek menimbulkan keresahan penduduk di Keramat yang menyifatkan projek itu sebagai menjual kepentingan orang Melayu khususnya di Lembah Kelang.

Khalid menolak kebimbangan itu dan mengesahkan bahawa unit-unit kondominium dan ruang niaga di Datum Jelatek dibeli oleh pelabur Singapura.

“Semua orang nak bantah. Kalau nak buat cantik, nak beli murah, siapa nak buat?,” kata beliau mengulas rancangan penduduk di situ mengadakan tunjuk perasaan Sabtu ini.

Khalid mendakwa projek Datum Jelatek harus dibandingkan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar.

“Adakah pembangunan Iskandar di Johor, akan berjaya jika bangunan-bangunan itu (tidak) dibeli oleh pelabur-pelabur Singapura dan luar negara?,” kata beliau.

“Kalau Iskandar menjawab untuk menarik pelabur-pelabur, mempertingkatkan lagi kegunaan, sama juga sini (Datum Jelatek). Tapi Iskandar juga ada keseimbangan, ada tempat untuk rakyat Johor. Sama juga disini, Datum Jelatek. Jawapannya serupa dengan pembangunan Iskandar.”

Wilayah Iskandar adalah projek khusus kerajaan persekutuan untuk menjadikan Johor sebagai pusat ekonomi dan metropolis ulung di rantau ini selain menawarkan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk warga negeri itu.

Ia dibangunkan di atas tapak 221,634 hektar berbanding tanah seluas 5.5 hektar untuk projek Datum Jelatek.

Penduduk Keramat merungut harga tinggi unit-unit kondominuim Datuk Jelatek jauh di luar kemampuan mereka. Pada masa sama, unit-unit Bumiputera yang dikhaskan adalah yang paling sempit dari segi keluasan walaupun harganya pada harga minima RM700,000.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek, Salleh Samad, projek itu sekali gus menafikan penduduk hak untuk memiliki hartanah kawasan itu.

Projek Datum Jelatek mula dijanjikan sebagai projek perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri kepada penduduk Melayu setempat yang dijadualkan siap tahun 2016.

Salleh berkata beliau menerima maklumat bahawa dua blok projek mewah itu dijual kepada warga asing dan dua blok lagi masih dalam proses jualan.

Projek itu membabitkan empat bangunan setinggi 45 tingkat, pejabat, hotel dan pusat membeli belah projek dan disasarkan untuk golongan berada.

Pada 4 October 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian.

Rujukan dari laman web menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810.

Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM9,349,027.”

 

SUMBER : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkapNiZQ==

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: