Leave a comment

Bantah Kondo Mewah

SHAH ALAM: Sekretariat Jom Tolak Pakatan membantah tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneruskan projek pembinaan kondominium super mewah 45 tingkat, Datum Jelatik di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 

Projek berkenaan yang bakal dibina di atas tapak runtuhan empat pangsapuri membabitkan hampir 100 penduduk tempatan di kawasan itu akan dijual dengan harga yang tidak munasabah iaitu minimum RM956,000 sehingga RM11.6 juta seunit.

Pengerusi sekretariat Hamidzun Khairuddin berkata, lebih mengelirukan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS berjanji kepada penduduk di situ untuk membina rumah mampu milik di kawasan tapak runtuhan berkenaan.

“Abdul Khalid ketika majlis makan durian dengan penduduk di situ berjanji untuk membina rumah mampu milik untuk penduduk di kawasan itu.

“Tetapi, sehingga kini lain pula yang jadi apabila projek rumah mewah sehingga mencecah jutaan ringgit hendak dibina di situ.

“Mana janji Menteri Besar kepada rakyat, malah pampasan yang diberikan kepada mereka tidak setimpal. Jika mereka mahu membeli rumah itu, ia memerlukan gaji minimum RM20,000. Siapa yang mampu?,” katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor, di sini, semalam.

– Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: