Leave a comment

Kerajaan PKR Selangor utamakan projek mewah

SHAH ALAM 20 Feb. – Rakyat negeri ini harus membuat keputusan sama ada mahu terus memilih kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengabaikan tanggungjawab menyediakan perumahan untuk rakyat, pendidikan dan infrastruktur atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri Selangor sekarang dilihat memberikan penekanan pada projek perumahan mewah sehingga menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak memberi fokus terhadap pembinaan rumah mampu milik.

“Hari ini PKNS telah jauh daripada matlamat asal penubuhannya, kalau fenomena pembangunan projek mewah di Datum Jelatek boleh berlaku, tidak mustahil di Padang Jawa yang merupakan kawasan tanah utama akan menerima nasib sama,” katanya dalam Program Debat Rakyat antara beliau dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin di Padang Jawa di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Wan Indra Putra Ahmad.

Beliau menjawab soalan moderator, Norman Toha yang meminta pandangannya sama ada Padang Jawa yang menjadi lokasi debat itu turut akan menjadi kawasan pembangunan mewah jika kerajaan PKR terus memerintah negeri ini.

Noh berkata, Kerajaan PKR Selangor juga lebih mementingkan projek mewah sehingga sanggup menggadaikan pendidikan anak Selangor yang sepatutnya menjadi tanggungjawab hakiki sebuah kerajaan.

“Lihat apa yang terjadi pada asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan yang telah dikosongkan untuk projek mewah sedangkan selama ini menjadi tempat tinggal anak Selangor dari luar bandar yang belajar di Victoria Institution (VI) dan Sekolah St. John,” katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130221/po_16/Kerajaan-PKR-Selangor-utamakan-projek-mewah#ixzz2LafZHYLw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: