Leave a comment

Projek Mewah Datum Jelatek, Konspirasi Terancang Halau Melayu Selangor

AIDCNews – 21/02/13 – Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek, Salleh Samad meminta kerajaan negeri membatalkan projek pembinaan kondominium mewah 45 tingkat yang dibina di atas tapak empat blok rumah pangsa milik orang Melayu yang dirobohkan di Keramat, lapor Antarapos.

Salleh berkata kerajaan negeri perlu menepati janjinya dan melaksanakan pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah yang dijadualkan siap pada 2016 seperti yang dijamin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

“Masa jamu durian dengan penduduk kawasan ini, Menteri Besar selepas robohkan dua blok rumah pangsa dan mahu robohkan dua blok lagi bangunan, dia berjanji mahu bangunkan rumah mampu milik di atas tapak rumah pangsa itu. Anda boleh lihat papan tanda yang dinaikan dikawasan itu,”katanya.

Justeru, Salleh mencabar Khalid dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) agar bersemuka dengan penduduk Melayu yang terkesan dengan pembinaan kondminium mewah itu.

“Kalau Menteri Besar dan PKNS berani, datang jumpa penduduk. Saya cabar dia. Jangan asyik bagi komen macam budak-budak,” ujar Salleh.

Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian.

Rujukan dari laman web menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810.

Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM9,349,027. Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu ke kawasan yang rata-rata penduduknya orang Melayu.

“Apa kata Khalid buat projek itu di DUN Ijok. Tidak melenting ke pengundi kat kawasan itu ?”

Khalid semalam memberitahu projek kondominium mewah Datum Jelatek yang dijual pada harga paling minima RM700,000 itu perlu bagi menarik pelabur asing untuk menanam modal dinegeri itu.

“Kita tak tolak pelabur asing. Tidak ada salahnya. Tapi kenapa tempat ini yang dipilih ? Penghuni empat blok itu sudah pindah kemana-mana (bagi laluan pada pembangunan semula) dan selepas itu mahu masukkan warga asing ke kawasan itu kenapa ?

“Banyak lagi tanah dekat Selangor. Kenapa tidak buat ditempat lain. Kenapa dalam kawasan Melayu ? Kenapa di dalam Taman keramat ? Masalahnya kenapa di kawasan Keramat? Tak ada kawasan lain ke ?”

Mediawangsamaju turut menyiarkan bantahan dari penduduk Keramat, Haji Kamaruddin yang Berkata projek Datum Jelatek itu bakal menggadaikan hak orang Melayu dan membuka ruang untuk bukan Melayu.

“Berapa ramai rakyat marhaen mampu memiliki sebuah kondominium berharga diantara RM956,000 hingga RM1,036,000, dengan keluasan diantara 725 hingga 785 kaki persegi dan hanya mempunyai satu bilik?

“Dan kondominium ini terletak dikawasan yang diduduki oleh majoriti orang Melayu di kalangan pesara dan mempunyai pendapatan rendah dan sederhana. Sesuaikah kediaman ini diduduki oleh sebuah keluarga yang mempunyai bilangan anak melebihi dari seorang?, ” soal blog itu yang merumuskan projek itu sebagai usaha terancang ‘menghalau’ Melayu dari Keramat.

Menurut blog itu lagi projek mewah tersebut bertentangan manifesto Pakatan yang berjanji untuk menghentikan projek-projek membazir dan membantu setiap rakyat Selangor mendapat rumah kediaman sendiri.

 

sumber http://www.anwaraidc.com/?p=31909

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: