Leave a comment

Wiramas Syarikat RM2..tapi dapat projek Datum Jelatek yang nilai lebih RM1bilion

Apa ni?…projek Datum bernilai lebih RM1billion..tapi syarikat yang diberi kontrak bernilai RM2 sahaja…tiada track record…bagaimana pemilihan Wiramas dibuat….?

 

Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd, developer yang dilantik untuk membangunkan Tower A dan Tower C, yang telah dijual kepada pelabur / investor dari China.

Bagaimana sebuah syarikat pemaju, Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd , yang hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 mampu untuk membiayai dan membangunkan Projek Megalomania Datum Jelatek.

Benarkah dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek, Saleh Samad bahawa Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 ?

Mana mungkin sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 mampu untuk membangunkan sebuah projek yang mempunyai GDV (Gross Development Value) atau Nilai Pembangunan Kasar berjumlah RM 1 Bilion ?

Jika benar, maka rakyat perlu menyaksikan bagaimana kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini cukup hebat merompak dan menggadaikan tanah orang Melayu kepada bangsa asing … rasuah dan kronisme.

Khalid Ibrahim perlu menepati janjinya dan melaksanakan pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah yang dijadualkan siap pada 2016 seperti yang dijamin oleh beliau sebelum ini.

Khalid Ibrahim pernah berjanji untuk membangunkan rumah mampu milik di atas tapak rumah pangsa itu sewaktu dirobohkan dua blok rumah pangsa dan dua blok lagi bangunan.

Tahun 2011 …

60 kontraktor sebelum ini telah menyertai tender untuk merekabentuk 800 kaki persegi perumahan kos rendah di kawasan ini.

PKNS juga sebelum ini pernah berjanji 11,000 unit rumah kos rendah akan dibangunkan oleh 5 kontraktor yang layak dan terpilih dengan syarat, setiap rumah kos rendah perlu mencapai harga dibawah RM99,000 setiap unit.

5 kontraktor telah terpilih dan berjaya dalam tender tersebut, yang dilakukan oleh Unit Pembangunan Perniagaan (Business Development Unit) PKNS.

Dari sumber dalaman, 5 kontraktor yang telah terpilih ini telah dimajukan kepada Timbalan Pengurus PKNS, Abdul Ghani Bin Hashim namun telah ditolak oleh Timbalan Pengurus PKNS ini tanpa sebarang penjelasan.

Akhirnya projek perumahan kos rendah 11,000 unit ini telah ditukar kepada Projek Megalomania Datum Jelatek ini.

Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd, telah dilantik untuk membangunkan Tower A dan Tower C, … yang kini telah dijual kepada pelabur dari China.

Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd telah menandatangani ‘Heads Of Agreement’ bersama PKNS dengan idea syarikat ini akan membangunkan empat ‘Tower’ pada asalnya namun diberikan projek untuk membangunkan Tower A dan Tower C sahaja.

‘Heads Of Agreement’ adalah sebuah ‘non-binding document’ yang menggariskan isu-isu utama yang relevan kepada perjanjian tentatif (perkongsian atau lain-lain).

Dokumen ‘Heads Of Agreement’ hanya akan berkuatkuasa setelah dimasukkan dan diguna pakai ke dalam kontrak utama dan kemudiannya dipersetujui. Sehingga kontrak utama dimeterai, ‘Heads Of Agreement’ ini tidak akan terikat kepada undang-undang.



Persoalan utama … Mengapa PKNS sanggup menandatangani ‘Heads Of Agreement’ bersama Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat dengan modal berbayar RM 2.00 ?

 

 

Bukti Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd sebuah syarikat dengan modal berbayar RM 2.00 …

 

 

 

 

Bukti Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd gagal mengemukakan audited accounts, malah tiada maklumat kewangan yang boleh diperolehi …



Rakyat perlu bertanya kepada Khalid Ibrahim dan PKNS …

1) Apa rasional PKNS melantik Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd sebagai pemaju untuk Tower A dan Tower C … sebuah Projek Megalomania dengan GDV RM 1 Bilion dengan hanya modal berbayar RM 2.00 malahan tidak mempunyai maklumat kewangan yang kukuh untuk disandarkan ?

2) Nyata wujud unsur-unsur rasuah dan kronisme dalam melantik pemaju … dengan hanya modal berbayar RM 2.00 malahan tidak mempunyai maklumat kewangan yang kukuh bagi membangunkan Projek Megalomania Datum Jelatek. Ini kerja gila …

3) Siapa sebenarnya yang mendapat imbuhan dan komisyen tertinggi dari Projek Megalomania Datum Jelatek ?

 

Punaisihat kerajaan negeri Selangor yang gemar bermain punai …

Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan PKNS perlu memberikan penjelasan kepada rakyat. Jangan main konar baring lagi …

 

sumber: http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/02/datum-jelatek-syarikat-rm-200-biaya.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: