Leave a comment

NGO berpiket desak batal projek Datum Jelatek

AMPANG – Kerajaan Negeri Selangor didesak membatalkan projek pembangunan hartanah mewah, Datum Jelatek di Keramat dalam tempoh seminggu sebelum demonstrasi lebih besar akan dibuat.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad, berkata, dalam masa sama, pihaknya akan meneruskan rancangan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, PKNS, MPAJ dan Azmin Ali selaku bekas pengerusi PKNS ketika rancangan pembangunan Datum Jelatek, serta Sultan Selangor.

Menurutnya, beliau yakin, dengan sokongan penduduk sekitar termasuk kira-kira 50 badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak, projek itu akan dapat dibatalkan.

“Sekiranya pihak kerajaan negeri tidak membatalkan projek Datum Jelatek ini, kita akan teruskan protes secara besar-besaran sehingga ianya dibatalkan.

“Malah melalui laporan akhbar hari ini (semalam) juga pihak badan bertindak juga telah membuat jemputan secara terbuka kepada Abdul Khalid, untuk turun memberi penjelasan kepada penduduk di Taman Keramat, tetapi ternyata beliau tidak berani,” katanya dalam sidang media selepas berlangsungnya piket aman disertai kira-kira 1,000 orang terdiri daripada wakil dari 50 NGO, serta penduduk-penduduk sekitar, di tapak projek Datum Jelatek, di sini, semalam.

Salleh menambah, Kerajaan Negeri Selangor perlu menjelaskan status penjualan projek Datum Jelatek apabila berdasarkan maklumat terbaru diterima, kesemua empat blok yang bakal dibina telah dijual kepada rakyat asing.

“Tiada lagi kuota Bumiputera sebanyak 50 peratus yang dikatakan sebelum ini,” katanya.

Piket bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu bermula dengan perarakan membawa sepanduk bantahan terhadap projek tersebut ke lokasi pusat pameran yang dibuka untuk projek itu.

Kain merah menutup pintu gerbang yang juga papan tanda Datum Jelatek terletak di tapak ruang pameran yang didakwa baru ditutup malam kelmarin juga ditanggalkan sebagai tanda protes.

Antara NGO yang turut sama menyertai piket tersebut adalah Jaringan Melayu Malaysia Semenanjung (JMM), Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), dan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dalam pada itu, menjawab persoalan penduduk berhubung jaminan projek Datum Jelatek akan dibatalkan jika pemerintahan bertukar, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN), Ampang, Ismail Kijo, berkata, beliau yakin kerajaan BN akan membatalkan projek tersebut sekiranya mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

Katanya, beliau sendiri akan bertanggungjawab membawa perkara itu kepada pihak Menteri Besar Selangor yang baru dan Perdana Menteri sendiri walaupun tidak menjadi wakil rakyat.

“Saya sokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh pihak Badan Bertindak, dan saya yakin, kerajaan BN akan membatalkan projek ini, dan akan melaksanakan projek kediaman seperti mana yang dikehendaki rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata, sikap pihak kerajaan negeri Selangor yang masih bermain tarik tali termasuk tindakan menutup pintu gerbang-papan tanda ‘Datum Jelatek’ menggambarkan sesuatu yang tidak kena.

“Jika bantahan projek ini tidak memberi kesan kepada pihak mereka, mengapa perlu tutup papan tanda ‘Datum Jelatek’ di ruang pameran yang dibuka?,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/ngo-berpiket-desak-batal-projek-datum-jelatek-1.133999

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: