Leave a comment

Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ), Salleh Samad hari ini mendedahkan sembilan lagi projek terbaru Datum Corporation.

SHAH ALAM: Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ), Salleh Samad hari ini mendedahkan sembilan lagi projek terbaru Datum Corporation.

Beliau berkata, sembilan projek tersebut diumumkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Forum Ekonomi Datuk 2013 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara projek terbaru Datum adalah Datum Bangi, Datum Shah Alam, Datum Subang Bestari, Datum SACC (Shah Alam), Datum Kelana Jaya, Datum PJ West, Datum PJ Seksyen 14, Datum Jalan Nipah (Ampang) dan Datum Zoo Negara (Ulu Kelang).

“Kami terkejut apabila mendapat tahu ada sembilan lagi projek Datum.

“Saya tidak faham mengapa PKNS dan kerajaan Selangor begitu tamak mahu meneroka tanah-tanah kosong milik PKNS,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus menyerahkan memorandum pembatalan projek Datum Jelatek di Ibu Pejabat PKNS, di sini, hari ini.

Memorandum tersebut diterima oleh Pengurus Besar Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim.

Turut hadir Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan beberapa wakil NGO.

Dalam pada itu, Salleh memberitahu Datum Jelatek langsung tidak menyediakan tempat untuk kaum Melayu seperti yang diwar-warkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, ia terbukti melalui artikel di ‘Malaysian Business’ pada 1 September 2012 yang mendakwa Datum Jelatek telah ditawarkan kepada pelabur China, Singapura dan Indonesia.

“Artikel ini membuktikan kesemua lot di Datuk Jelatek sudah ditawarkan kepada pelabur luar.

“Menteri Besar berbohong apabila berkata ada bahagian kepada Bumiputera,” katanya.

Semalam Salleh turut mendakwa Exco Selangor, Teressa Kok meminta 100 ekar tanah dari PKNS di Bernam Jaya untuk membuka satu penempatan orang Cina.

Beliau berkata demikian pada siri ceramah Bicara Rakyat mengenai Datum Jelatek di Ampang.

Projek Datum Jelatek mula dijanjikan sebagai projek perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri kepada penduduk Melayu setempat yang dijadualkan siap tahun 2016.

Bagaimanapun ia ditukar kepada projek kondominium mewah yang membabitkan empat bangunan setinggi 45 tingkat, pejabat, hotel dan pusat membeli belah projek dan disasarkan untuk golongan berada.

<a href="http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkaphhaQ=%3Dhttp://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkaphhaQ=%3D“>http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkaphhaQ=%3Dhttp://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkaphhaQ=%3D

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: