Leave a comment

Memorandum Kepada MB Selangor dan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor

mark4

Badan Bertindak Datum Jelatek menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam memohon perkenan campur tangan baginda agar kerajaan Selangor membatalkan pembangunan Projek Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Memorandum itu turut mencadangkan supaya projek pembangunan perumahan mewah di tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya Melayu digantikan dengan pembangunan mampu milik.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad menyerahkan memorandum itu kepada pegawai pengiring baginda ASP Ahmad Rohisham Ahmad di hadapan pintu pagar Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada pukul 4.10 petang semalam.

Wakil penduduk Taman Keramat itu turut disertai beberapa badan bukan kerajaan seperti Waris Malaya, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

mark3

Sebelum itu, pada pukul 3.30 petang Salleh menyerahkan memorandum serupa kepada Ketua Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Selangor, Norzaton Aini Mohd Kassim di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Mereka juga melakukan bantahan secara aman di hadapan pintu pagar utama bangunan kerajaan negeri itu yang telah sedia dikunci dengan rantai.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut Projek Datum Jelatek menjadi kontroversi susulan dakwaan Badan Bertindak Datum Jelatek Januari lepas, bahawa projek disokong kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menyingkirkan penduduk setempat secara terhormat dari kawasan bandar.

Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu kini menumpukan kepada projek pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

mark2

Selain Kampung Baru, kawasan Keramat adalah penempatan Melayu di pinggir pusat bandar raya Kuala Lumpur, yang kian terhimpit dengan arus kemajuan metropolitan kawasan sekitarnya.

Pembangunan Datum Jelatek dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM1.2 bilion yang dirancang sejak 2010 dikhuatiri akan mengubah demografi dan geopolitik kawasan berkenaan kerana disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat.

– Bernama

  GENERASI-GENERASI KERAMAT TURUT MEMBANTAH!!

DARI GENERASI TUA SEHINGGA KE GENERASI MUDA

mark1

Salleh Samad (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Ishak (kiri) di Ibu Pejabat PKNS,

memorandum

Perarakan Ke SUK
memo datum jelatik (1)

Penyerahan Memorandum Kepada MB Selangor
memo datum jelatik (2)

Penyerahan Memorandum Kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor
memo datum jelatik (5)

Antara sebahagiaan orang rakyat Selangor telah berdemo secara aman dan berarak dari Dataran Shah Alam menuju Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menyerahkan memorandum bantahan pembinaan projek mewah “Datum Jelatek” di Keramat.
Datum-Jelatek
892002_A

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: