Leave a comment

AntaraPos-Khalid Ibrahim di pintu Mahkamah Rakyat

SETELAH lima tahun memerintah, Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengetahui secara pasti sama ada kerajaan negeri pimpinan beliau disokong oleh rakyat Selangor ataupun sebaliknya.

Selama lima tahun, Khalid menuding jari kepada Umno dan Barisan Nasional untuk masalah-masalah utama di negeri itu khususnya krisis air yang berlarutan dan dijangka bertambah buruk jika tidak ada penyelesaian segera.

Dalam tempoh itu, Khalid dan Penasihat Ekonomi Selangor Anwar Ibrahim merujuk kepada “kecemerlangan” kerajaan negeri memperolehi rizab RM2.6 bilion.

Wang simpanan itu boleh dibanggakan, jika masalah-masalah asas di Selangor telah diatasi.

Pada hari ini, sebut Selangor, dan tumpuan orang ramai adalah krisis air yang semakin meruncing. Seterusnya mereka juga membangkitkan keadaan jalan-jalan raya yang rosak dan tidak disenggara.

Selain itu, harga rumah yang semakin melambung dan di luar capaian rakyat Selangor khususnya penduduk Melayu terus menjadi kebimbangan.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diharapkan mengusahakan projek rumah kos rendah tidak lagi berbuat demikian.

Sebaliknya, projek-projek mega seperti pangsapuri mewah, Datum Jelatek menjadi tumpuan PKNS.

Kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan

Penduduk Melayu di sekitar kawasan itu di Taman Keramat dipinggirkan untuk membolehkan pelabur Singapura dan Hong Kong masuk membeli projek mewah itu.

Akibat kerakusan kerajaan negeri dan PKNS, sebuah penempatan Melayu bersejarah di Lembah Kelang hilang identiti warisannya.

Di Kelana Jaya, pendekatan sama diambil. Padang PKNS dan kawasan hijau di Kelana Jaya diambil alih kerajaan negeri dan ditukar statusnya untuk satu lagi projek mirip Datum Jelatek.

Di luar bandar, nelayan dan petani yang dijanjikan bantuan kewangan dalam manifesto Pakatan Rakyat 2008, masih menunggu-nunggu janji itu ditunaikan.

Bukan mereka saja. Ibu tunggal, warga emas, ibubapa kepada anak yang menuntut di tadika…semuanya dijanjikan bantuan kewangan, namun janji Khalid itu tidak dipenuhi.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengadakan majlis-majlis simbolik pemberian baucar RM100 untuk segelintir ibu tunggal, kanak-kanak dan warga emas, dan terus mendakwa Pakatan Rakyat membela seluruh rakyat Selangor.

Helah itu disebarkan dalam portal-portal kerajaan negeri dan pembangkang, namun rakyat yang dahagakan pembelaan daripada kerajaan negeri tahu cerita sebenar dan hanya menunggu tarikh pilihan raya.

Meskipun Khalid cuba memberi gambaran bahawa kerajaan negeri pimpinan PKR akan menang selesa di Selangor, yang jelas Menteri Besar itu sendiri ditegur beberapa kali oleh partinya berhubung cara beliau mentadbir negeri itu.

Khalid menggelabah ditegur PKR Selangor

khalid ib 1m
Teguran terbaru ibu pejabat PKR dibuat awal tahun ini apabila Khalid membiarkan krisis air berlarutan dan cuba mengitar semula alasan lama bahawa ia adalah kesalahan Putrajaya dan SYABAS, bukan beliau.

Dengan pilihan raya umum semakin hampir, Khalid bingkas membuat tawaran baru mengambil alih SYABAS dan tiga syarikat lain dan menguruskan sendiri industri air.

Dan untuk menyedapkan hati rakyat, beliau mengajak mereka untuk menjadi pemegang saham dalam urusniaga bernilai RM9.6 bilion itu.

Tawaran itu dibuat apabila PRU13 hanya tinggal beberapa minggu lagi, jadi Khalid sudah tentu sedar sebarang keputusan mengenainya hanya akan dibuat selepas itu.

Taktik-taktik halus seperti ini untuk mengaburi mata rakyat mewarnai pemerintahan kerajaan negeri pimpinan PKR sejak 2008.

Pencapaian Khalid dan barisan Exconya terlalu sedikit.

Namun cara dan kekerapan beliau mendabik dada menyerlahkan kepandaiannya bermuka-muka dan sengaja menutup telinga kepada permasalahan sebenar rakyat Selangor.

sumber:http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wka5Rjaw==

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: