Leave a comment

JENERAL PENCEN

‘Ops Datum’ – Seorang daripada 4 jeneral pencen akhirnya ‘tersungkur’ !!

Itulah yang terjadi kepada Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera ( Kagat ) yang baru mengisytiharkan menyertai parti PAS dan akan bertanding di kerusi Parlimen Baling, Kedah.

Untuk makluman beliau adalah Nazir Masjid Al-Ansar di Taman Keramat dimana terletaknya projek kontrovesi Datum Jelatek.
En. Salleh Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek ( BBDJ ), di peringkat awal telah cuba memberikan penjelasan terperinci tentang isu Datum Jelatek yang akan menjejaskan penduduk Islam / Melayu Taman Keramat, dan meminta beliau bersama sama menentang projek tersebut. Kebanyakkan ahli ahli kariah masjid dan surau surau di Taman Keramat menyokong pihak Badan Bertindak Datum Jelatek. Sebagai Nazir Masjid Al-Ansar sokongan Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad sangat diperlukan kerana impak daripada projek Datum Jelatek jika diteruskan akan menganggu gugat orang orang Islam / Melayu apabila orang luar dari China (termasuk Hong Kong), Taiwan, Singapura, dan Indonesia menduduki projek kondominium mewah Datum Jelatek yang dinamakan sebagai “Chinese Mainstream Districts”.
Apa yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang ketika ini tidak membenarkan Azan berkumandang akan juga berlaku di Taman Keramat. Begitu juga dengan adanya “Sky bar” (tempat penjual arak) di projek tersebut, orang Islam / Melayu akan diperlekehkan dan ianya satu penghinaan. Belum pun sempat En. Salleh Samad memberikan penjelasan, Datuk Najmi telah menunjukkan muka masam dan disitu En. Salleh Samad faham yang beliau tidak berminat untuk mendengar.

Beberapa minggu kemudian, En. Salleh Samad dan penduduk Taman Keramat terkejut apabila melihat muka Dato’ Najmi terpapar di “banner” bersama sama tiga lagi jeneral pencen dan Anwar Ibrahim. Banner banner tersebut dipasang di merata tempat di Keramat, kawasan AU dan Setiawangsa. Mulai saat itu penduduk penduduk mula mempertikaikan Datuk Najmi sebagai Nazir Masjid yang mula terlibat secara aktif didalam politik. Mereka berpendapat apa yang dilakukan oleh Datuk Najmi adalah tidak professional dan tidak wajar kerana ianya boleh mencemarkan institusi masjid dan akan memecahbelahkan orang Islam / Melayu di Taman Keramat.

En. Salleh Samad telah mula didatangi dan dihubungi oleh penduduk penduduk, ahli ahli kariah masjid dan surau supaya mengambil sesuatu tindakan bagi menghalang masjid Al-Ansar dijadikan pentas dan markas politik.

Beberapa bulan sebelumnya En. Salleh Samad sedar yang masjid Al-Ansar telah mula menjemput penceramah penceramah luar yang menyelitkan unsur unsur politik didalam kuliah kuliah agama (tazkirah) yang diadakan, terutamanya diantara waktu Maghrib dan Isyak. Individu yang diagung agungkan ialah Mursidul PAS Dato’ Nik Aziz. En. Salleh Samad sendiri telah beberapa kali membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pada hari Jumaat, pertengahan bulan Mac yang lepas En. Salleh Samad telah berjumpa dengan Datuk Najmi dipejabat Masjid Al-Ansar selepas sembahyang Jumaat dan memberitahu beliau yang beliau telah mengistiharkan meletakkan jawatan sebagai Nazir Masjid sebelumnya, tetapi kenapa beliau masih lagi menjalankan tugas sebagai Nazir ?
Beliau berkata surat perletakkan telah diberikan kepada AJK Masjid, tetapi perletakkan jawatan beliau ditolak. Itulah sebabnya beliau meneruskan tugas sebagai Nazir.

En. Salleh Samad memberitahu beliau yang penduduk sudah mula bising dan tidak berpuashati dan En. Salleh Samad memberitahu beliau supaya bertindak professional dan menepati janji dan adalah tidak bermoral jika beliau meneruskan tugas sebagai Nazir Masjid dan didalam masa yang sama terlibat aktif dengan politik. Kata En. Salleh Samad, beliau ada satu pilihan saja iaitu meletakkan jawatan sebagai Nazir Masjid.

Beliau akur akan saranan En. Salleh Samad dan berkata yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Nazir jika itu yang dikehendaki oleh penduduk / ahli kariah masjid dan surau surau di Taman Keramat.
Selang beberapa minggu, beliau tidak menunaikan janjinya dan beliau masih lagi menjalankan tugas sebagai Nazir dan En. Salleh Samad menghubungi beliau pada hari Jumaat 22hb Mac 2013 yang lalu melalui telefon. Datuk Najmi mempertikaikan tindakan tindakan En. Salleh Samad yang memberi tekanan kepada beliau.

Beliau kemudiannya memutuskan percakapan dan meletakkan telefon. En. Salleh Samad kemudiannya menghubungi Majlis Agama (JAIS) Gombak dan pihak JAIS Gombak memberitahu yang Datuk Najmi sedang “main tarik tali” didalam isu perletakkan jawatannya. Pihak JAIS Gombak sedia maklum akan pengistiharan perletakkan jawatan Datuk Najmi sebelum itu.

Beberapa hari lepas En. Salleh Samad menghubungi pihak JAIS Gombak dan En. Salleh Samad diberitahu yang Dato’ Najmi akhirnya telah menghantar surat perletakkan jawatan. Perletakkan jawatan tersebut diterima dan pemilihan Nazir Masjid Al-Ansar yang baru akan diadakan.

Nota : Semua jemaah masjid Al-Ansar sedia maklum yang masing masing mempunyai ideologi politik yang berbeza dan tidak pernah menimbulkan apa apa perbalahan selama ini. Insyallah dengan perletakkan jawatan Nazir Masjid Al-Ansar itu ianya akan menyatupadukan penduduk dan ahli ahli kariah di Taman Keramat.

Kepada Datuk Najmi diucapkan jutaan terima kasih diatas apa yang beliau telah lakukan didalam pengurusan Masjid Al-Ansar selama ini dan beliau bebas untuk berpolitik selepas ini dan diucapkan selamat maju jaya dan diharap beliau akan berperanan menyatukan umat Islam / Melayu dinegara ini yang telah berpecah angkara Nik Aziz, Haji Hadi dan Anuar Ibrahim. Mereka lah perosak perosak agama yang menggadaikan aqidah umat islam.

ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: