Leave a comment

TIMBALAN PERDANA MENTERI – ISU DATUM JELATEK

13 APR 2013
TIMBALAN PERDANA MENTERI – ISU DATUM JELATEK

Semalam Timbalan Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat. Turut sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Johari Abdul Ghani, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasioanl Titiwangsa, Datuk Wira Syed Ali, Tan Sri Syed Abbas Alhabshee – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Ambok – Ketua UMNO Bahagian Segambut dan Datuk Seri Hj. Abd.Halim Hj Abd. Samad – Pengerusi KUB Malaysia Bhd yang juga sebagai Timbalan Pengerusi UMNO bahagian Setiawangsa.

Selepas solat Jumaat, semasa jamuan makan tengahari sambil berbincang tentang beberapa perkara, En.Salleh Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) telah memberikan penerangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain tentang isu kontroversi projek MEGA Datum Jelatek dan “DATUM SERIES” yang sedang hangat diperkatakan.

Isu PKNS, TALAM, YAYASAN SELANGOR dan rumah mampu milik juga disentuh oleh En.Salleh Samad. Tan Sri Muhyiddin Yasin amat berharap supaya Barisan Nasional dapat merampas Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dan dengan itu projek Datum Jelatek dapat di-“review” semula, begitu juga isu-isu lain. Oleh kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah juga Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, En.Salleh Samad meminta supaya beliau bersama-sama semua bahagian UMNO Wilayah Persekutuan dapat membantu Badan Bertindak Datum Jelatek memperjuangkan isu kepentingan penduduk-penduduk melayu di Taman Keramat Selangor dimana projek Mega Datum Jelatek hendak didirikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, semua bersetuju dan berjanji akan membantu.

SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK TAMAN KERAMAT UNDILAH BARISAN NASIONAL DI PRU 13 INI
NOTA:
KAMI, BADAN BERTINDAK DATUM JELATEK (BBDJ) AKAN BERKERJA KERAS MEMBANTU BARISAN NASIONAL UNTUK MEMENANGI PRU 13 INI.
OBJEKTIF BBDJ ADALAH SUPAYA PROJEK DATUM JELATEK DAPAT DIBATALKAN, DITUKAR KEPADA PROJEK MAMPU MILIK DAN DIKEKALKAN TAMAN KERAMAT 100% KAWASAN ORANG MELAYU.

MAKLUMAT- MAKLUMAT DIATAS DITERIMA OLEH BADAN BERTINDAK BANTAH DATUM JELATEK ADALAH DARI SUMBER-SUMBER PENYELIDIKAN DAN DITERIMA DARI ORANG RAMAI YANG BERSAMA-SAMA MEMBANTAH PERLAKSANAAN PROJEK DATUM JELATEK.

Barisan Bertindak Datum Jelatek,
E-mail: bantahdatumjelatek@gmail.com
http://bantahdatum jelatek.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: