Leave a comment

PENAMAAN CALON PRU 13 NEGERI SELANGOR

Pada pukul 10.00 pagi ini ketibaan Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak di sambut oleh ahli – ahli parti dari semua komponen Barisan Nasional di Bangunan UMNO Shah Alam.

Selepas ucapan ringkas Perdana Menteri, masa yang di tunggu – tunggu oleh rakyat Selangor bagi pengumuman calon – calon yang terpilih akhirnya di umumkan.

Pengumuman calon – calon di lakukan oleh Timbalan Penyelaras Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Selangor, Y.B Dato Seri Mohd Zin Mohamed. Di antara nama – nama besar yang terpilih adalah Y.B Datuk Seri Noh Omar bagi Parlimen Tanjung Karang, Y.B Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bagi Parlimen Sepang, Datuk Yap Pian Hon bagi Parlimen Serdang.

Datuk Zulkifli Nordin terpilih sebagai calon Parlimen Shah Alam adalah calon rakan Barisan Nasional di pilih menggunakan ‘platform’ Barisan Nasional. Beliau akan memberikan tentangan sengit kepada calon Pakatan Rakyat iaitu Khalid Samad (Penyandang). Datuk Zulkifli Nordin konfiden boleh mengalahkan Khalid Samad.

Kepada yang tidak di calonkan, janganlah patah hati, teruskan perjuangan bagi memastikan kemenangan kepada semua calon calon Barisan Nasional.

Seperti yang di katakan oleh YAB Datuk Seri Najib, keputusan untuk memilih calon amat rumit dan beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) turut hadir di Bangunan UMNO Shah Alam.

Selepas tamat pengumuman nama calon calon bagi PRU 13, En. Salleh Samad telah pergi berjumpa En. Hamidzun (GAPS) di tingkat 8. Kebetulan turut berada di situ ialah Datuk Zulkifli Nordin.Beliau memberitahu En. Salleh Samad, sebagai calon bagi Parlimen Shah Alam, isu Datum Jelatek akan di jadikan isu utama dan beliau ingin En. Salleh Samad berkempen bersama – sama beliau. Beliau berkata Shah Alam adalah terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan terletaknya ibu pejabat PKNS.

Kemudian kami pun beredar ke lobi di tingkat bawah. Orang ramai masih memenuhi ruang lobi dan kawasan luar. Pihak media sedang menunggu dan terus meluru kepada Datuk Zulkifli Nordin. Banyak soalan di ajukan dan Datuk Zulkifli Nordin mengatakan boleh menang.

En. Salleh Samad sempat berjumpa beberapa calon yang terpilih, iaitu Datuk Rahim calon ADUN Ulu Kelang dan Datuk Rahman Ismail calon Parlimen Gombak. Datuk Rahim juga ingin En. Salleh Samad membantu kempen di kawasan beliau dan isu yang akan di ketengahkan ialah ‘Datum Series’.

Yang Mulia Datuk Raja Ropeah, Ketua Wanita UMNO Selangor juga ada di situ. Beliau juga memerlukan En. Salleh Samad untuk kempen – kempen yang akan di atur. Isu yang akan di ketengahkan juga adalah isu ‘Datum Series’ dan rumah mampu milik.

Nota : Semasa En. Salleh Samad berada di Bangunan UMNO,beliau sempat mengedarkan ‘flyers’ tentang ‘Datum Jelatek’ yang di ‘sponsor’ oleh seorang ahli UMNO Jalan Enggang, Taman Keramat. Terima Kasih kepada beliau.

UNDI BARISAN NASIONAL!!! UNDI BARISAN NASIONAL!!! UNDI BARISAN NASIONAL!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: