1 Comment

Rumah Mampu Milik Serupa Datum Jelatek

Rumah Mampu Milik Serupa Datum Jelatek

SHAH ALAM : Walaupun dipanggil rumah mampu milik, namun harga yang ditawarkan jika dibina di kawasan bandar akan meningkat hampir menyamai projek pembangunan Datum Jelatek, demikian menurut Exco Perumahan, Pengursan Hartanah dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Menjawab pertanyaan R. Rajiv (DAP – Bukit Gasing) mengenai isu rumah mampu milik, Iskandar yang juga Adun Cempaka menjelaskan pihak kerajaan ada membuat kajian berkenaan perkara ini.

“Ada kajian untuk dibina rumah mampu milik di kawasan-kawasan bandar. Tetapi harganya bukanlah antara RM 80,000 hinga RM 150,000.
Jika kita lihat manifesto PRU13 Pakatan Rakyat yang mana akan diwujudkan satu badan yang baru untuk membina rumah mampu milik dan mereka akan lihat pembangunan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, jika dilihat lebih jauh, projek rumah mampu milik yang dirancang untuk dibangunkan di kawasan bandar mungkin mirip kepada projek pembangunan Datum Jelatek yang menimbulkan kontroversi mengenai harga memandangkan ia mengambil kira lokasi projek dan nilai komersial hartanah selain mengubah demografi dan geopolitik sesebuah kawasan.
Katanya, pelbagai pihak menuntut kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan projek berkenaan, malah semasa sidang DUN dijalankan pagi tadi, hampir 20 orang berkumpul di luar bangunan SUK bagi menghantar memorandum kepada Khalid.

Kerajaan negeri juga sehingga kini tidak dapat memberi jaminan bahawa projek itu mampu dimiliki oleh masyarakat tempatan.

Menjawab soalan seterusnya daripada Haniza Mohd Talha (PKR – Taman Medan), Iskandar menjelaskan kerajaan mengawal penjualan rumah mampu milik agar ia tidak hanya menguntungkan sesetengah pihak.

“Jualan rumah mampu milik kita kawal sebab kita tak mahu berlaku ada pihak yang membelinya semata-mata untuk mendapat keuntungan. Urusannya melalui Lembagaerumahan dan Hartanah Selangor dimana senarainya ada di sana dan ada borang permohonan berharga RM5 disediakan.
“Kita akan menurunkan borang-borang itu seperti mana borang untuk mendapatkan rumah kos rendah di pejabat daerah dan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan (borang rumah mampu milik) akan diturunkan selepas ini ke PBT dan pejabat daerah,” katanya.

Sumber:antarapos.com

One comment on “Rumah Mampu Milik Serupa Datum Jelatek

  1. rumah projek datum jelatek form diambil dr suk shah alam ke bangi pkns atau bole di ambil dr majlis perbendaharaan ampang

Leave a comment

bantahdatumjelatek

ANAK KERAMAT BANTAH DATUM JELATEK!!

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.